Nak bagi pendapat saje je ni.. mesti ada terbaca pasal perhimpunan mahasiswa dekat Dataran Merdeka tempoh hari kan?? pasal nak mintak PTPTN dimansuhkan.. jadi yang meminjam PTPTN tak perlulah bayar lagi.. bagi aku lah kan.. (ni bukan cemburu pasal aku tak dapat mohon PTPTN) tapi lebih kepada kepentingan.. maslahat umum.. aitcheh.. hehe.. tak ke mementingkan diri sendiri tu kalau mintak PTPTN tak payah bayar balik.. kalau kerajaan setuju.. lesap macam tu je RM46 Billion.. banyak kot.. boleh buat universiti 46 buah lg.. hehe.. ye je.. tapi tak kesah lah.. yang penting cuba kita fikir kan kemaslahatan ekonomi dan kepentingan rakyat.. hehe..
Dari perspektif lain pulak.. cuba fikir golongan-golongan yang kurang bernasib baik.. yang tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.. golongan yang tak dapat pinjam PTPTN (macam aku).. oklah ketepikan hak aku dulu.. ni yang lepas SPM terus kerja.. ingat kerja lulusan SPM ni gaji besar ke?? gaji asas RM700 sebulan.. kali dengan 5 bulan.. da sama dengan golongan-golongan mahasiswa 'terpelajar' ni dapat elaun untuk 1 sem.. 1 sem pun tak sampai 5 bulan.. lepas tu berapa banyak pulak duit yang dibelanjakan betul-betul untuk perbelanjaan diri semasa belajar di universiti?? tipulah tak da guna duit tu untuk beli handset baru.. beli top-up.. beli baju seluar baru.. pergi jalan-jalan.. karaoke (hehe).. beli spare part motor.. kereta.. handset yang baru beli tu pulak buat simpan nota untuk buat 'toyol' masuk test.. quiz.. dekat situ kita da menipu pihak PTPTN.. tipu Allah lagi.. tipu diri sendiri lagi.. test power sebab ade 'toyol'.. HEKELLLEHHHHH..
Aku pun tak da lah baik sangat.. tapi aku tahu tanggungjawab diri sendiri.. kena bayar balik duit pinjaman tu untuk pusing balik duit nak bagi pada pelajar yang akan datang pulak.. sepanjang aku praktikal di kilang ni.. aku tengok bukan senang nak cari duit.. kalau setakat SPM.. gaji memang sikit.. mengharapakan elaun 'overtime' baru dapat hidup senang sikit.. kita ni?? golongan mahasiswa 'terpelajar' ni?? kelas pun mula pukul 9.. 10.. ada tu mula pukul 2.. duduk dalam kelas berpendingin hawa.. haha.. tau-tau duit elaun masuk.. balik kelas pergi makan.. keluar jalan-jalan.. malam berjaga main internet.. main game.. layan movie.. tidur lambat.. esok lajak tak pergi kelas.. padahal kereta.. basikal.. motor ade ni.. life such unfair kan??
Sebagai orang Islam sendiri.. cuba-cubalah fikirkan untuk orang lain.. kita hidup saling bergantung.. jangan lah pentingkan diri sendiri.. kalau beli kereta buat pinjaman 60,000-70,000 boleh pulak.. ni pinjaman untuk diri sendiri punya masa depan pun nak berkira ke?? setakat 24,000.. kalau tiap-tiap bulan bayar.. tak payah nak ingat sangat baki.. bayar je.. lama-lama nanti kita pun tak perasan dah habis bayar.. akak aku umur 28 da habis bayar pun pinjaman YPJ dia.. walaupun kurang sikit dari 24,000.. tapi habis jugak bayar kan??
Tak payah lah nak sokong-sokong pembangkang ke kerajaan ke kalau diri sendiri pun pentingkan diri sendiri.. kerajaan pun da habis duit banyak tabur sana sini sempena nak pilihan raya ni.. lepas tu kita undi pulak pembangakang.. diorang luluskan pulak cadangan tak payah PTPTN.. HAH!! Either way.. we're f***ed up man!! haha.. yeye je ayat aku.. hutang kerajaan sekarang pun da banyak.. jangan lah bagi cadangan-cadangan mengarut yang mementingkan diri sendiri ni lagi.. kalau bagi aku.. cadang kerajaan turunkan harga kereta ke.. menambah baik tahap sukan ke.. lagi baik dan menyihatkan.. haha.. orait itu saje.. ape pendapat kalian??